BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 2, 2010

Hari Koperasi

Peace be upon all.
It has been quite some time that this blog is not updated..... too many activities in school.....Well for today's entry, here's a report concerning the above by your 'cute' lecturer, Miss Marilyn. Enjoy reading......


Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat SMK ASAS berlangsung dari 27 Jun hingga 3 Julai dengan tema "KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH". Para pelajar tingkatan enam turut bertungkus -lumus membantu menjayakan majlis perasmian dengan menyediakan penanda buku yang bakal diedarkan kepada seluruh warga sekolah.

Satu majlis perasmian HKS telah diadakan pada hari Isnin (28 Jun 2010). Majlis berlangsung dengan bacaan perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh sdr Azwan bin Kajang; perutusan daripada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang disampaikan oleh sdr Mohd Al-Zubair,dan perutusan daripada Yang Dipertua ANGKASA yang disampaikan oleh sdr Mazlan Bin Suud. Seterusnya perasmian oleh PKP SMK ASAS, Pn. Naimah Hj. Ahmad. Dalam majlis yang sama, sdr Mazlan Bin Suud telah dianugerahkan jurujual terbaik koperasi kategori lelaki.

Akhir sekali acara penanaman pokok disempurnakan oleh pihak pengurusan SMK ASAS bersama tetamu jemputan En. Tan Eng Hua dari SKM cawangan Saratok. Sepanjang HKS 2010 peringkat SMK ASAS ini pelbagai aktiviti menarik telah dan akan dijalankan. Antaranya ialah pertandingan petanque kategori guru dan pelajar. Bagi kategori pelajar, penyertaan dari para pelajar tingkatan enam rendah amat memberangsangkan yang mana kesemua pelajar tingkatan enam rendah telah menyertai pertandingan tersebut.Mereka juga telah menggondol gelaran johan untuk kedua-dua kategori pelajar lelaki dan perempuan.Seterusnya pertandingan kuiz koperasi dan jualan Hari Koperasi juga akan diadakan.
Okay, that's all for the time being. More report and pictures coming soon. Keep reading this blog.
Wassalam,
Ma'am

0 comments:

Peace Be Upon All/Greetings....