Dearest preU ASAS community,
Praise Allah, its Monday again. Breathing in fresh air at SMKASAS is indeed a blessing from the Almighty. No pictures in today's entry and no specific topic. Lately, discipline cases (especially heavy ones) seem to be on the rise. These include those committed by public exam candidates (PMR, SPM, STPM).
As the more or most senior in school, it is hope that pre U ASAS students would be able to think rationally before ever thinking of being involved in any of the cases
In line with this worrying situation, as lecturers, we always make assumption that the Sixth formers are 'big' enough to think for themselves and we are sometimes wrong. A few actually still need to be pointed out what is wrong and what is right. Alhamdulillah, most are 'quite mature' already. Praise Allah.
In pointing out to students about discipline, some students sometimes misjudge the lecturers, as if we are finding fault. Well, honestly, you are wrong. Think positively. Our intention towards you all is always for the good. InsyaAllah. There's never hatred.
Anyway, do read the following article about thinking good thought which is in BM. Don't take it wrong as I am reminding myself also. Till then..... Maasalammah...
Bismillahirrahmannirrahim....
HUSNUZON, satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Suuzon yang ertinya bersangka buruk. Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut. Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya.
Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, "Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. " Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik, " Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain." Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman "messenger" atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? Siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain.
Seperti di dalam hadis:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
-HR. Muttafaqun alaihi.
Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa. Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya.
(Extract from Muslimi.blogspot)
Monday, October 18, 2010
A new day....
Posted by Ma'am at 4:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment