BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 21, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MALAYSIA STPM & HALATUJU KERJAYA STPM

Salam mulia pagi Jumaat...

Alhamdulillah hari ini Unit Mata Pelajaran Tingkatan 6 dan Unit B&K telah menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Malaysia STPM (910/2) oleh Encik Jampong Anak Selat, SMK Kalaka Roban.
Semua pelajar Pra U SMKASAS terlibat dalam majlis ilmu ini. Nampak gayanya pelajar 6 Atas amat dahagakan ilmu ini pada saat-saat mereka dalam suasana untuk menghadapi STPM November ini. Tapi bagi pelajar 6 Rendah masih terpinga-pinga sebab baru 4 hari bertaaruf dengan mata pelajaran ini. Apapun moga semua pelajar dapat kutip input yang diberi, diolah bersama pengalaman sedia ada dan akhirnya dijadikan output yang berguna ketika menjawab soalan kelak...Insyaallah.
Pada masa yang sama, selesai sahaja seminar teknik menjawab kertas 2, pelajar-pelajar didedahkan dengan input yang berkaitan dengan halatuju dan kerjaya. Ceramah disampaikan oleh En Royston Brauk ak Guan dari PTPL. Objektif ceramah ini antara lain ingin berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar Pra U tentang faktor dan strategi pemilihan kerjaya dan insyaAllah, akhirnya akan menghasilkan personaliti-personaliti yang berjaya. Amin...
Akhir kalam, perhargaan kepada Puan Amira Abdul Razak, pensyarah Bahasa Melayu Pra U SMKASAS dan Puan Maysharra (Guru Bimbingan Kaunseling) di atas sumbangan laporan di atas. Wassalam......
JOM MASUK U

0 comments:

Peace Be Upon All/Greetings....